"I've been around a long time, and life still has a whole lot of surprises for me." (Loretta Lynn)


fb / ig's / follow / twitter
← old new →
Travel Penang Budget Review
Tuesday, 5 January 2016
Hai gais. Aku ada banyak free time ni so aku bercadang nak merapu dekat blog ni lagi. Sebenarnya, aku stress sikit sepanjang semester 2 ni. Walaupun semester 2 ni belum habis tapi aku dah cukup tekanan sekarang. Aku paling benci stress. Jangan sampai aku buat keputusan untuk tidur dan skip semua class. Hahahaha. Aku benci presentation depan semua course dalam fakulti aku and I hate semester 2.

Aku rindu sangat dekat amirul faez. Dah nak masuk seminggu kami tak contact. Siapa yang tak rindu oi~ Nak buat apa apa pun mesti ingat dekat dia dulu. 6 bulan aku cuba tak menangis masa dia masuk kem tapi aku selalu gagal. So untuk 2 minggu ni aku cuba kuatkan diri lagi tapi semangat tu dah turun 20% semua ni sebab aku terlalu rindu dekat dia. Dia dah balik tapi esok dia kena pergi balik. Hmm take care my dear.

Seperti yang aku tulis untuk last post, aku ada cakap nak buat review sepanjang keluar pergi travel cari street art dekat Penang. Okay, mula mula sekali kalau nak travel, kita mestilah kena buat research pasal sesuatu tempat yang kita nak pergi. Macam yang aku buat mula mula sekali aku set date and time travel tu. Then, buat research dekat tempat yang nak pergi tu. Pada mulanya aku plan nak naik ferry pergi ke penang tapi tak jumpa parking dekat area Butterworth tu. So kami semua decide naik kereta guna ferry pergi Penang. Harga tol ferry RM7. Bila dah sampai dekat penang tu, kami semua terus cari parking memandangkan kitaorg taktahu sangat mana Lebuh Armenian. Nak dijadikan cerita, kitaorang kena berjalan jauh juga sampai ke area Masjid Kapitan Keling. So sepanjang area Masjid Kapitan Keling tu dah memang dekat sangat dengan Lebuh Armenian tu. Street art tu semua dekat area yang dekat je. Kalau nak jalan kaki pun boleh tapi letih sikit. Tapi kami ambil basikal untuk jalan jalan cari street art dekat sana. Total cost untuk basikal RM48. Kami ambil 2 basikal untuk 2 orang kayuh yang berharga RM20 each per 4 hour dan 1 normal basikal berharga RM8 each per 4hour. Aku pun ada beli rayban, topi, ais kepal and air apatah bungkusan macam isi derma darah tu. Untuk rayban harganya RM10 + topi RM5 + ais kepal RM3 + air darah anggaran RM5. Lepas penat kayuh basikal semua, kami decide untuk balik tapi sempat lagi singgah dekat Bayan Bay makan laksa dulu. Harga semangkuk laksa tanpa telur RM3 each and 1 air kelapa fresh RM4 so total makan ialah RM7 sahaja.

Untuk travel ni semuanya masih under budget lagi. Lupa nak bagitahu kami pergi seramai 5 orang. 3orang termasuk aku ialah family aku and 2 orang cousin aku. So total yang aku akan kira ialah hanya untuk total family aku je. Ais kepal RM 3 + Air Darah RM 5 + Rayban & Topi RM 15 + Basikal RM 28 + Tol Ferry RM 7 = RM58. Murahkan? tak sampai seratus pun. So itu je review yang aku nak buat. Tapi kalau nak save lagi korang boleh la ambil basikal yang macam kereta golf tu harga RM60 muat untuk 6orang dan RM30 untuk yang 3orang per 3 hour.

Okay, sekian terima kasih.

p/s: penat menaip. Anyway, esok birthday aku and akan officially 19. Yeay!

layout by ellie. image from weheartit.