"I've been around a long time, and life still has a whole lot of surprises for me." (Loretta Lynn)


fb / ig's / follow / twitter
← old new →
Study Week
Friday, 25 March 2016
Setelah berhempas pulas minggu lepas dengan assignment, minggu ni aku dapatlah hirup udara segar dari Penang. Isnin ni aku balik ke Shah Alam balik untuk final exam. Harap semua berjalan dengan lancar. Belum masuk cuti sem lagi, aku dah fikir banyak benda nak buat. Bukan sekadar fikir je, ada yang dah datang minta tolong buat something special untuk orang yang dia sayang sangat tu. Sedangkan aku sendiri pun tak pernah buat benda tu dekat boyfriend aku. Memang susah jugalah nak buat something yang kita belum pernah buat. Contohnya, arrange candle light dinner dekat tepi pantai. Takpelah, kita try la buat. Mana la tahu lepas ni boleh buat untuk diri sendiri pulak ke.

Tak tahulah, aku serabut sekarang untuk kembangkan idea untuk script. Disebabkan aku tak pernah melalui situasi diculik macam script aku tu, nak buat ayat tu susah sikit. Bukan sikit la tapi banyak. Entah la kenapa aku rajin sangat letak beban dekat kepala otak aku ni. Sepatutnya aku rehat dengan tenang minggu ni. Tapi tah la kenapa gatai tangan sangat pergi join benda benda pelik macam ni. Tak fikir masa depan betul aku ni.

Dah 2 minggu aku tak contact dengan faez. Rindunya hanya tuhan saja yang tahu. "Sesungguhnya aku kangen kamuuuuu, dimana dirimuuu" nyanyi kejap.

layout by ellie. image from weheartit.