Forgive? Huh!
Topik paling cliche time hari raya, Maaf. Orang kata hidup ni kenalah sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. Huh! Memaafkan ialah perkara yang paling susah sekali nak buat. Bukan aku sorang je yang tak boleh buat tapi ramai juga orang macam aku ni. Walaupun aku bukanlah jenis yang mudah memaafkan orang tapi aku belum pernah lagi ada niat nak santau orang sebab kesalahan orang tu. *Aku masih ada rasa simpati,k?
Wednesday, 20 April 2016
Ada banyak sebab yang membuatkan kita susah nak maafkan kesalahan orang. Yang paling utama sekali jenis kesalahan yang dah buat salah tapi tuduh orang lain yang buat. Dalam kata lain, "fitnah". Buat masa ni rasanya aku belum ada pengalaman kena tuduh macam tu. Kalau ada pun mungkin aku dah lupa and maafkan orang tu. Semua ni tergolong dalam kategori geng ahli mesyuarat tingkap punya kerja la ni. Siapa lagi nak buat kerja ni, takkan la pak lebai hujung kampung nak pi bergossip pula. Habis kuat pak lebai tu pergi minum kopi dekat warung sambil sembang politik. LOL. Jenis-jenis suka menuduh ni, bawa-bawalah bertaubat dan minta maaf balik dekat orang yang kita tuduh tu. Yela, takkan kau nak tunggu kiamat baru nak merangkak dekat padang mahsyar cari orang tu kot!
Apa yang membawa aku ke topik ni? Tadi aku buka twitter then aku check la list orang yang aku block dekat twitter. Ada la sorang minah ni aku block dia sebab dia cari gaduh dengan aku dekat twitter. Punca sebab dia terasa apa yang aku tweet. Sejujurnya dari lubuk hati yang paling dalam, memang aku tulis untuk dia. Tapi bukan saja saja eh aku unmention tweet pasal dia. Cuba fikir, dia stalk aku sampai pergi retweet semua tweet tweet lama yang tak perlu diimbau kembali. At first, aku sabar je dulu. Aku usha je perangai dia tu, alih-alih makin melampau pula dia. Dahlah direct message aku personal minta followback. Lepastu, acah acah kenal boyfriend aku pula. *masa tu bf aku masuk kem. Aku syak minah tu pernah minat dekat boyfriend aku tapi malangnya boyfriend tak kenal pun dia. Back to the story, aku pun bergaduh besar la dengan minah lahnet tu dekat twitter. Dah block aku baru nak mention aku, punyalah pengecut. Biasalah adik adik. In the end, aku decide untuk block dia and effect dia sampai sekarang ialah aku takkan approve mana mana orang yang follow aku dekat media social kecuali aku kenal orang tu.
...sampai sekarang aku tak boleh lupakan kesalahan dia and sampai sekarang juga aku tak boleh maafkan kesalahan dia. Get it? Bukan aku tak cuba untuk memaafkan cuma bukan masanya lagi. Benci tu tengah membuak-buak walaupun hampir setahun benda ni berlaku. Bukan senang kita nak lupakan macam tu je. Bak kata best friend aku, J, "forgive but not forget." sekarang ni nak forgive pun tak boleh, nak forget pun tak boleh.
Akak cuma nak pesan sikitlah buat adik-adik, janganlah kacau harimau yang sedang tidur macam akak ni. Selain nak hadap masalah dengan kau, akak ada banyak lagi masalah lain yang kena selesai, lupakan dan maafkan. Benda yang paling penting sekali, janganlah kau ngade-ngade nak suka dekat boyfriend orang. Pergilah cari boyfriend sendiri. Banyak-banyak lelaki dalam dunia ni, janganlah kau cari yang milik orang, kau carilah yang takde pemilik lagi, ok?
Nasihat tu ringkas je, kalau nak sentiasa dimaafkan, maka janganlah kacau orang. Buat hal masing-masing. Setiap orang akan memaafkan kesalahan seseorang, biar waktu yang menentukan. Anggap jelah number giliran untuk dimaafkan belum kena panggil lagi.
p/s: "Forgive but not forget"