"I've been around a long time, and life still has a whole lot of surprises for me." (Loretta Lynn)


fb / ig's / follow / twitter
← old new →
Redha
Sunday, 17 April 2016
Minggu study week pun dah lepas, minggu final exam pun dah lepas. Alhamdulillah, tiada lagi cubaan bunuh diri untuk semester dua. Syukur, aku masih ingat tuhan. Sekarang ni apa yang aku boleh buat cuma redha dan tawakal setelah beberapa assignment yang aku buat dalam keadaan yang tidak serius dan merepek meraban. Aku lalui beberapa hari yang agak tough la bagi aku. Perit dan penuh menyeksaan jiwa dan raga. Syukur sekali lagi kerana aku berjaya tempuh dengan tangisan di tengah malam. Kerana aku percaya tuhan tak akan beri seseorang hambanya ujian yang hambanya tidak dapat tanggung. Disebabkan aku dah masuk bab keagamaan, moh la kita ke post sedikit keagamaan.

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya" atau " Everything is meant to be", kata-kata best friend aku, J yang aku sentiasa pegang. Banyak perkara berlaku diluar jangkaan aku selama semester dua. Contohnya, aku berjaya mendaki Bukit Broga untuk dua kali dalam masa 2 bulan which is masa tu aku terlibat dalam recce and shooting untuk MTV.  Selain itu, aku dapat melihat ciptaan tuhan yang sangat indah dekat atas bukit tu terutama sekali time sunset. *Subhanallah. Aku cadang lepas ni bolehlah aku bawa amirul faez pula daki Bukit Broga tu. Ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan aku terlibat dengan production tersebut. Kalau aku tak join group diorang, mesti aku tak merasa daki Broga.

..and alhamdullilah juga sebab aku dapat ahli kumpulan yang gempak and baik. Sepanjang pre, pro and post production berlangsung, kitaorang takde bertekak or bergaduh sesama sendiri. Marah tu ada la tapi in the end kitaorang berbaik balik. Takdelah bermasam muka or what. Kenapa semua ni berlaku? because it's meant to be. Allah nak semua ni berlaku, jika kita redha dengan apa yang tuhan tentukan, nescaya kita akan bahagia kerana ini mungkin jalan yang tuhan redhai.

Aku mengaku at first aku sedih juga tapi end up aku redha sebab aku percaya it's meant to be. Sebab tuhan nak kita lihat inilah cabaran yang aku akan lalui selama aku ada dalam industry perfileman ni. Sebab kita tak selamanya dengan kawan kawan kita. Mungkin kadang kadang tuhan takdirkan kita untuk berurusan dengan musuh kita or orang yang kita tak suka. Sebab apa semua ni berlaku? Sebab tuhan nak kita belajar berdikari kerana tak selamanya kita akan bergantung dekat orang lain. Sometime, kita kena buat sendiri semua perkara supaya kita faham reality dunia yang sebenar.

Tak perlulah kita menyalahkan takdir atas apa yang terjadi. Mungkin harini kita ditimpa masalah and kita tak perlu risau kerana kita sentiasa ada hari esok untuk bangkit dari kegagalan. So kita kenalah sentiasa bersangka baik terhadap Allah kerana Allah Maha Mengetahui.

p/s : wow. hahaha. Panjang betul karangan kali ni. Lebih panjang dari karangan sekolah.


layout by ellie. image from weheartit.