Review : Me Before You
Hi guys, setelah sekian lama tak update blog sebab terlampau busy dan aku kena hadap beberapa masalah serious so baru harini la aku free memandangkan aku baru habis tengok movie sedih so malam ni tiba-tiba aku rasa nak buat review sikit pasal movie Me Before You. Aku dapat movie tu seminggu atau dua minggu lepas beberapa hari selepas raya haji, itu pun cousin aku yang recommend dekat aku.
Tuesday, 27 September 2016
Haa mien! Hampa sesuai tengok movie ni. Lagi-lagi orang yang bercinta macam hampa. Huhu, sesuai sangat. Nah, copy-copy masuk pendrive.Nak dijadikan cerita, aku memang nak tengok dah movie Me Before You ni haritu tapi awal-awal intro dia pun dah buat aku ternganga mulut. Mana taknya, scene berasmara awal -awal movie. Cerita dia memang aku tangguhkan dulu la kan dan expectation aku untuk movie tak tinggi la memandangkan kualiti movie yang aku dapat pun tak berapa bagus. So, alasan aku agak kukuh la disitu. Haha, maafkan aku yang suka menilai dari rupa.
Lepas je tengok movie tu, perasaan aku macam WOW! Cerita ni bagus untuk kaki jiwang macam aku ni. Buat stok menangis malam-malam. Storyline dia tak berat, tak begitu cliche, setting yang menarik. Betul-betul buat aku terpegun dengan movie macam ni. Obviously, aku memang jatuh cinta gila dengan watak Will. Walaupun dalam cerita tu dia lumpuh tapi bila kita menghayati sesebuah filem rasanya seperti aku watak heroin tu! Lumpuh bukan masalah lagi bagi Louisa. Perwatakan Louisa yang sentiasa tersenyum dan kelakar telah mengubah kehidupan Will.
...Tapi aku tak bolehlah nak spoil-kan storyline cerita ni. Kalau setakat bayang je tak cukup, cerita ni wajib tonton! Aku bagi rate dalam 4/5 bintang. Kenapa 4/5 bintang walaupun aku cakap movie ni best dan recommended? Sebab ending dia, Haha, okaylah akak nak pergi tengok balik movie tu.
p/s : Bahasa Utagha
1. Hampa = Kau / Awak