"I've been around a long time, and life still has a whole lot of surprises for me." (Loretta Lynn)


fb / ig's / follow / twitter
← old new →
Semester 4
Wednesday, 11 January 2017
Setelah sekian lama tak update blog, so harini baru aku ada masa sikit nak luangkan dekat sini. Sejak masuk semester 4 ni, tangan aku ni macam tak berapa nak cukup. Otak pula tak berhenti berfikir sejak awal-awal masuk sem lagi. Semua benda nak kena fikir. Aku update blog ni pun sebab alang-alang aku tengah online sambil cuba siapkan slide untuk presentation esok. Bila semuanya dah jadi last minute, aku terpaksalah berjaga tengah malam macam ni kan. Sebab semua orang macam tak seberapa membantu sangatkan. Huhu.. Slide yang aku cuba siapkan ini pun untuk next shooting hujung bulan February ni. Yang lecturer pula duk push suruh siapkan cepat sedangkan tarikh shooting lambat lagi. Aku pun tak faham.

Aku tunggu lebih dari sejam untuk budak group aku hantar contoh slide. Itu pun aku belum dapat detail talent lagi ni. Gambar close up la apa la lagi la tak dapat. Ugh.

Semester kali ni bergerak pantas sangat, aku tahu tahu sekarang dah masuk ke minggu ke-6. Ini bermaksud aku ada lagi 8 minggu untuk diteruskan. Nampak macam lambat lagi 8 minggu tapi sebenarnya semuanya tengah mengejar aku sampai tak cukup kaki nak lari dah ni nak kejar deadline. Minggu seterusnya, aku ada next shooting iaitu interview untuk subject health and safety. Masalah yang aku tengah hadapi skrg ni, group kami belum jumpa mana-mana company yang nak kami interview. Fuh! Dealine untuk assignment interview ialah minggu ke-8. Memang betul-betul tak cukup tangan dah ni.

layout by ellie. image from weheartit.